Pajeri Nenas Kedondong

Masakan pajeri nenas ni adalah menu favourite mak saya. Saya ingin berkongsi menu ni agar ramai boleh menikmati kelazatan pajeri nenas kedondong ni...

PAJERI NENAS KEDONDONG

Bahan-bahan:
1. Sepaket Rempah Daging Mak Lang
2. Bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga
3. Bawang merah, bawang putih
4. 1 biji buah nenas
5. 10 biji buah kedondong
6. Santan
7. Udang kering
8. Kerisik
9. Gula
10. Garam
11. Minyak masak




Cara Penyediaan:
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih (bahagi 2)
2. Gaul rempah daging dengan sedikit air
3. Masukkan bawang tumbuk, garam, pati santan dalam rempah
4. Tumis bawang tumbuk, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau
5. Masukkan pes rempah daging dan kacau hingga pecah minyak
6. Masukkan nenas, kedondong, gula, udang kering, kerisik dan sedikit air. Gaul rata sehingga mendidih
7. Masukkan santan dan kacau kuah sehingga mendidih.
8. Rasa kuah agar berasa lemak, masam, manis, masin.

Bingka Ubi Kayu



Kali ni saya nak share resepi makanan yang sangat rare iaitu bingka @ bengkang ubi kayu.

BINGKA UBI KAYU

Bahan-bahan:
Ubi kayu
Gula 
Secubit garam halus
Kelapa parut
Pati santan

Cara penyediaan:
1. Parutkan ubi kayu.
2. Gaulkan gula garam dan kelapa parut sehingga sebati.
3. Rasa adunan agar berasa manis dan lemak.
4. Masukkan adunan dalam pembakar dan ratakan (saya guna magic pan)
5. Bakarkan dan alih apabila sudah masak.
6. Siramkan pati santan dan tabur gula. 
7. Bakar semula selama 10 minit untuk nampak sedap berseri. 




Asam Pedas Muar




Saya ingin berkongsi resepi asam pedas muar kawan saya Wardah yang sangat sedappp... Saya dah cuba banyak kali dan saya paling suka resepi ni sebab simple ...

ASAM PEDAS MUAR

Bahan-bahan:
1 - 2 ekor ikan siakap, mayong, pari
7 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan kisar:
10 batang lada kering
2 inci kunyit hidup
3 - 4 ketul bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara penyediaan:
1. Bersihkan ikan dan potong mengikut kesesuaian.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan kacau sehingga menjadi pes.
3. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
4. Masukkan air mengikut kuantiti kuah yang diperlukan.
5. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan.
6. Biarkan mendidih dan rasa ramuan agar sebati.


Rosemary Chicken Grill



Bagi yang tak suka makan lamb, boleh la cuba rosemary chicken grill ...

ROSEMARY CHICKEN GRILL

Bahan-bahan:
Seekor ayam dibelah 4 @ 8
1 tangkai daun rosemary
1 biji lemon
Garam halus secukup rasa
Serbuk lada hitam
Mentega

Bahan kisar:
5 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara Penyediaan:
1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan garam halus, bahan2 kisar dan serbuk lada hitam.
2. Perapkan ayam selama 2 - 3 jam dalam peti sejuk.
3. Sapukan periuk pemanggang dengan mentega hingga rata.
4. Masukkan ayam yang telah diperap. Perahkan lemon ke atas ayam. Taburkan daun rosemary.
5. Alih-alihkan ayam bagi memastikan ayam masak keseluruhannya.


Rosemary Lamb Grill


Hari ini saya nak share resepi rosemary lamb grill - air tangan mr. hubby.

ROSEMARY LAMB GRILL

Bahan-bahan:
Kepingan lamb
Mentega
Garam halus

Bahan perap (ditumbuk halus):
Beberapa helai daun rosemary
Beberapa ulas bawang putih
Sejemput lada hitam


Cara penyediaan:
1. Gaulkan lamb yg sudah dicuci bersih dengan garam halus.
2. Gaul lamb dengan bahan yang telah ditumbuk halus.
3. Perap selama 3 jam dan ke atas (perap semalaman lagi bagus).
4. Sapukan mentega ke atas grill pan dan bakar lamb yang telah diperap.
5. Alih-alihkan lamb sehingga cukup masak keseluruhannya.


Ikan Cencaru Sumbat Inti Sambal


Ini memang favourite saya. Dah agak lama juga saya tak masak ikan cencaru sumbat ni. Hari ni saya masak ikan cencaru sumbat inti sambal dan saya nak kongsikan resipi di blog ini. Ada dua jenis inti yang boleh disumbat dalam ikan cencaru ni - inti kelapa atau inti sambal.

IKAN CENCARU SUMBAT INTI SAMBAL

Bahan-bahan:
4 ekor ikan cencaru dibersihkan dan digaul garam dan serbuk kunyit.


Bahan inti sambal:
6 batang cili merah (dikisar)
6 ulas bawang merah (dikisar)
1 cawan air asam
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga agak kekuningan.
2. Masukkan air asam jawa dan garam.
3. Kacau sehingga pecah minyak.
4. Sejukkan inti.
5. Sumbat inti dalam ikan dan goreng dengan minyak yang banyak.
6. Inti yang lebih boleh disalutkan ke atas ikan untuk rencah.

Rempah Mak Lang


REMPAH MAK LANG

Rempah Mak Lang ni adalah ramuan rempah giling resepi turun temurun mak saya sendiri yang dikenali dengan panggilan Mak Lang. Zaman remaja Mak Lang masak kari @ gulai menggunakan kaedah menggiling rempah ratus menggunakan batu giling. Bila zaman blender dah ada, Mak Lang kisarkan rempah ratus yang telah dikeringkan menjadi rempah serbuk. Disebabkan rempah serbuk Mak Lang ni famous di kalangan jiran tetangga, maka Mak Lang mula memasarkan Rempah Mak Lang ini tetapi tidaklah secara komersial, hanya kecil-kecilan sahaja. Antara rempah Mak Lang yang ada ialah:
  1. Rempah Kari Ikan
  2. Rempah Kari Daging 
  3. Rempah Lemak
  4. Rempah Kurma
  5. Rempah Ayam Goreng
  6. Rempah Masak Hitam
  7. Rempah Nasi Daging

Kari Lemak Ikan Kering


KARI LEMAK IKAN KERING

Hari ni nak share resepi kari ikan kering. Kami orang Kedah ni panggei gulai ikan kering. Kari ni special sebab guna Rempah Lemak Mak Lang (resepi rempah giling mak bonda).

Bahan-bahan:
3 sudu besar Rempah Lemak Mak Lang
3 ekor ikan gelama masin
6 ekor ikan sepat masin @ ikan talang kering @ ikan merah kering
1 biji nanas (dibelah dua dan dihiris tebal)
2 batang terung panjang
1 kg santan cair
1 cawan santan pekat
4 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan tumis darat:
5 helai daun kari
6 ulas bawang merah (dihiris)
Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Gaul rempah dengan air panas dalam satu bekas sehingga menjadi pes. 
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk ke dalam pes rempah dan gaul rata.
  3. Sediakan periuk dan masukkan pes rempah, ikan gelama, ikan kering, daun kesum, nanas, terung, garam, asam gelugor dan santan cair.
  4. Kacau rata dan masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan santan pekat dan kacau rata. rasa ramuan secukupnya.
  6. Tumis darat. 

Keng Som


Semalam masak Kengsom - asam pedas thai, favourite mr. hubby. Alhamdulillah menjadi... so lepas ni tak yah lagi la nak pergi kedai tomyam semata-mata nak makan kengsom. Jimat belanja masak sendiri - suci dan halalan toyyiban lagi.

Jom la saya nak kongsi resepi Kengsom ni...

KENG SOM

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
1 biji nanas (dipotong segi tiga)
3 cawan air
2 kuntum bunga kantan
10 tangkai daun kesum
5 - 7 batang sayur kangkung
Sedikit minyak masak
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Gula melaka

Bahan kisar:
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 inci lengkuas
7 ulas bawang merah
3 batang serai
10 tangkai cili padi

Cara penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
3. Apabila sudah naik bau masukkan air, air asam jawa dan garam.
4. Kacau sehingga ia mendidih. Masukkan gula melaka.
5. Kemudian masukkan nanas, bunga kantan, sayur kangkung dan daun kesum.
6. Masukkan ikan. Kacau selama beberapa minit.⁠⁠
7. Rasa ramuan dan biar kuah mendidih sehingga ikan masak.

Keng Som telah siap untuk dihidang.
Makan panas-panas bersama nasi yang baharu dimasak.

My Life

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin aktifkan kembali blog saya ini dan berkongsi passion saya terhadap masakan, herba, tanaman, kesihatan, kecantikan dan aktiviti sosial.

Saja suka-suka share untuk simpanan dan tatapan kemudian hari 😊
Moga perkongsian di blog ini memberi manfaat untuk sesiapa yang melawatnya. InsyaAllah.

Sudah lama saya tidak melawat blog saya ini, sejak tahun 2012.
Dah bersawang dah blog saya ni, huhuhu .....